Thursday 2 August 2012

KURSUS PRA PERSARAAN PERKHIDMATAN AWAM BIL 4 / 2012


YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI ATAU MENGHANTAR WAKIL UNTUK KURSUS PRA PERSARAAN PERKHIDMATAN AWAM BIL 4 / 2012

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Psycho Training and Services, merupakan syarikat milik penuh bumiputera  dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) akan menganjurkan kursus seperti di bawah :-
                              
Nama Kursus :           PRA PERSARAAN PERKHIDMATAN AWAM
Tarikh             :           26-28 SEPTEMBER 2012
Tempat            :          HOTEL SERI MALAYSIA, AYER KEROH, MELAKA

 3.         Untuk maklumat pihak YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan, syarikat kami telah menganjurkan kursus Pra Persaraan ini lebih dari empat (4) siri pada tahun 2012 dan kami sangat berpengalaman serta aktif dalam pengendalian Kursus Pra Persaraan Perkhidmatan Awam. Tajuk-tajuk dan modul kursus yang akan dianjurkan ini telah dirangka khas supaya ia menepati serta bersesuaian dengan peserta dan ianya selari dengan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (*Tertakluk kepada pengumuman dan pindaan).

4.       Berdasarkan kepada testimoni yang dijalankan para peserta berpendapat kursus ini perlu diberikan kepada mereka sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum bersara. Perkara ini perlu kerana bakal pesara berpendapat mereka memerlukan masa untuk membetulkan kesilapan dalam perkhidmatan terutama kepada perkara melibatkan pengiraan GCR, cuti rehat sewaktu cuti haji, kesilapan pengeluaran caruman KWSP dan cuti sakit swasta(MC)yang menyebabkan bayaran imbuhan/graduiti ditolak sewaktu bersara. 

5.         Oleh yang demikian, kami menjemput organisasi YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk mencalonkan pegawai-pegawai yang bersesuaian untuk menyertai kursus anjuran syarikat kami. Bersama-sama surat ini dilampirkan brosur dan borang pendaftaran kursus untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Sokongan dan pertimbangan YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

PSYCHO TRAINING AND SERVICES
012-3370959, 019-2270959





No comments:

Post a Comment